Akibat Pemandu Mabuk, Nyawa Seorang Lelaki Tergadai

Trending

Akibat Pemandu Mabuk, Nyawa Seorang Lelaki Tergadai

Didalam kemelut negara yang kini sedang bertungkus-lumus membendung wabak COVID-19, ada juga individu yang memandu dalam keadaan mabuk, tanpa menghiraukan keselamatan orang lain.

kredit : awani

Seorang lelaki telah disahkan maut di dalam nahas jalan raya apabila beliau dalam perjalanan bertugas untuk syif malam di Jalan Pintasan Kuantan.

Advertisement

Polis menerima maklumat dari orang awam mengenai seorang mangsa yang dipercayai dilanggar oleh seorang pemandu yang di bawah pengaruh alkohol serta memandu melawan arus pada kira-kira jam 9.38 malam.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuantan, kejadian berlaku apabila pemandu kereta Toyota CHR yang memandu dari arah Semambu memasuki jlaan menghala pelabuhan tetapi secara melawan arus.

Tambahan pula, akibat pemanduan dalam keadaan mabuk itu, lelaki ini telah menyebabkan beberapa kenderaan lain turut mengalami kemalangan.

kredit : Bernama

Menurut Bernama pula, pada hari ini 26 Mei, suspek telahpun direman selama 4 hari kerana disyaki memandu dibawah pengaruh alkohol sehingga menyebabkan kematian seorang lelaki.

Takziah diucapkan kepada keluarga mangsa dan semoga roh arwah ditempatkan dikalangan orang yang beriman.

Sumber

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...