Akibat Pantang Dicabar, Lelaki Usia Lewat 20-an Terima Padah Buah Pinggang Rosak Selepas Buat ‘Squat’

Gaya Hidup

Akibat Pantang Dicabar, Lelaki Usia Lewat 20-an Terima Padah Buah Pinggang Rosak Selepas Buat ‘Squat’

Gara-gara pantang dicabar, seorang lelaki menerima padah apabila mengalami kegagalan buah pinggang selepas melakukan senaman berlebihan.

Menurut Oddity Central, pemuda berusia lewat 20-an dari Rusia terpaksa dirawat di hospital akibat penyakit itu selepas melakukan 2,000 squat dalam satu sesi demi untuk memenangi pertaruhan bersama rakannya.

Advertisement

Kes tersebut tular di negara itu dan menjadi iktibar kepada masyarakat tentang bahaya melakukan latihan fizikal yang melampau tanpa persediaan.

lelaki buat senaman squat

Difahamkan, pemuda itu telah dicabar oleh rakan untuk menyelesaikan 2,000 squat dalam tempoh tertentu dan dia menerima cabaran tersebut kerana yakin dengan kemampuan fizikal dimiliknya.

Dia berjaya menamatkan cabaran tersebut namun selepas itu pemuda terbabit mula mengalami gejala-gejala serius antaranya kaki bengkak dan sangat sakit, air kencing pula bertukar warna coklat gelap selain sukar untuk membuang air kecil.

sukar buang air kecil

Hasil pemeriksaan dijalankan di hospital mendapati fungsi ginjal lelaki berkenaan merosot kepada 50 peratus. Doktor kemudian mendiagnosis lelaki itu dengan rhabdomyolysis, keadaan di mana tisu otot pecah dan memasuki aliran darah, menyebabkan kerosakan ginjal.

Bagaimanapun, doktor dilaporkan berjaya merawat kegagalan ginjalnya tanpa dialisis namun dia memerlukan masa tiga bulan hingga setahun untuk pulih sepenuhnya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

3 months ago

Lelaki Didakwa Sengaja Cederakan Mata Kiri Hingga Buta Untuk Tuntut Insurans RM1 Juta

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...