Akibat Minum Air Oren Rakan Waktu Berbuka Puasa, Lelaki Maut Ditikam Beberapa Kali

Berita

Akibat Minum Air Oren Rakan Waktu Berbuka Puasa, Lelaki Maut Ditikam Beberapa Kali

Kejadian berlaku di Seksyen 36, Shah Alam, semalam, seorang lelaki maut ditikam beberapa kali oleh rakan sendiri hanya kerana meminum air oren rakan tersebut.

Warga Bangladesh

Difahamkan daripada Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim, pihaknya menerima panggilan kecemasan untuk ke lokasi kejadian selepas mendapat laporan seorang lelaki warga Bangladesh ditikam hingga maut.

Advertisement

Suspek marah apabila mangsa meminum air orennya semasa berbuka puasa yang mana suspek bertindak menikam mangsa beberapa kali.

maut ditikam

Suspek ditahan jam 7.30 malam

Melalui laporan Berita Harian, suspek telah ditahan di lokasi kejadian pada jam 7.30 malam dan semakan mendapati mereka berdua merupakan rakan sekerja.

Siasatan kes ini akan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, dimana suspek boleh dikenakan hukuman mati atau penjara tidak kurang daripada 30 tahun tetapi tidak melebih 40 tahun.

Jika tidak dikenakan hukuman mati, setidak-tidaknya suspek akan dikena sebatan tidak kurang daripada 12 kali.

tikam kekasih
2 months ago

Kes Di Bandar Rimbayu: Tiga Tahun Bercinta, Model Tikam Kekasih Curang Hingga Maut

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...