Akibat Makan Ramen Pedas Tiap Minggu, Seorang Wanita Belanja RM 10,000 Rawat Usus Luka

Trending

Akibat Makan Ramen Pedas Tiap Minggu, Seorang Wanita Belanja RM 10,000 Rawat Usus Luka

Ingat tak cabaran ramen pedas yang pernah viral di media sosial tidak berapa lama dahulu? Sebenarnya ia tidak menyihatkan untuk dibuat selalu, terutamanya jika perut anda lemah!

Advertisement

Seorang lelaki memberitahu di Facebook baru-baru ini bahawa isterinya kini menderita sakit perut yang teruk setelah makan ramen pedas setiap minggu.


Peristiwa ini berlaku tiga tahun lepas tetapi baru dimuat naik pada 15 Septeber 2018 sebagai peringatan kepada Netizen. Lelaki itu memberitahu:

Isteri saya selalu habiskan semangkuk ramen pedas tanpa minum air. Dia kata langsung tak pedas. Saya rasa kagum dengannya waktu itu (tahan pedas).

Akhirnya, RM 10,000 terpaksa dibelanjakan untuk memasukkan kamera ke dalam perutnya untuk mengenal pasti punca dia sakit perut, dan dia rasa sangat sakit.

Lelaki itu seterusnya memberitahu bahawa kamera dan imbasan sinar-x menunjukkan bahawa terdapat luka pada usus disebabkan sering makan makanan yang terlalu pedas.

Untuk makluman, ramen yang saya maksudkan ini dari jenis kepedasan dua kali ganda. Walaupun luka kecil sahaja, ia sangat merbahaya kerana usus sentiasa berada dalam keadaan basah, oleh itu, luka sukar untuk sembuh.


Sebelum ini juga seorang pengguna Twitter pernah mendedahkan bahawa dia juga mengalami masalah kesakitan dalam perut kerana sering lewat makan dan apabila makan, hanya makan makanan pedas.

Mungkin kita yang lain patut beringat. Pedas sedikit, tak mengapa. Jangan sampai terlampau pedas dan kerap pula. Makanlah makanan yang sihat! – amazingnara.com

Sumber: World of Buzz

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...