Seorang budak lelaki berusia 13 tahun dari Zhejiang, China telah mengalami kecacatan mental secara tiba-tiba akibat dari ketagihan bermain telefon bimbit.
Semuanya bermula apabila dia dihadiahkan telefon bimbit pada awal tahun ini oleh kedua ibu bapanya. Pemberian telefon bimbit itu adalah untuk memudahkan mereka menghubungi anaknya ketika mereka sibuk bekerja.
Oleh kerana sering bermain dengan telefon bimbit tak kira masa, dia telah mengganas dengan tiba-tiba di sekolah dan bertindak menghentakkan kepalanya tanpa henti pada dinding.

Keadaan menjadi teruk apabila badannya tidak dapat bergerak dan mulutnya tidak berhenti twitching. Dia juga tidak memberikan sebarang reaksi apabila dipanggil.
Kanak-kanak ini ditahan selama 28 hari di hospital hingga pada satu tahap otaknya tidak dapat berfungsi. Dia juga tidak boleh berjalan, bercakap dan menguruskan dirinya sendiri tanpa bantuan sesiapa.

Doktor memberitahu keadaan ini terjadi kerana terlalu kerap bermain telefon bimbit tanpa henti dan tidak mendapat rehat yang cukup sehinggakan melemahkan sistem imunisasi.
Menurut artikel yang dikeluarkan Uknowkids, antara tanda-tanda anak anda mungkin ketagih dengan telefon bimbit antaranya ialah:
- Gelisah, moody, menjadi marah apabila dijauhkan dengan telefon bimbit.
- Berjaga hingga lewat malam untuk bermain telefon
- Hilang minat dalam aktiviti yang tidak melibatkan telefon bimbit
- Sentiasa memeriksa telefon tidak kira masa
- Membawa telefon ketika mandi
- Mengasingkan diri dari orang lain untuk bermain telefon
- Tidak dapat fokus kepada kerja rumah ataupun pembelajaran
Ini hanya sebahagian dari senarai sahaja. Tetapi untuk pengesahan boleh mendapatkan pemeriksaan daripada pihak doktor.
Ingat, jangan lupa pantau penggunaan telefon bimbit anak-anak anda sebelum perkara buruk berlaku.