Akibat Kelompongan Dalam Vaksinasi Berkumpulan, Wabak Polio Muncul Semula Di Filipina

Trending

Akibat Kelompongan Dalam Vaksinasi Berkumpulan, Wabak Polio Muncul Semula Di Filipina

Filipina pada Khamis mengumumkan penyebaran wabak Polio, 19 tahun selepas Badan Kesihatan Dunia (WHO) mengumumkan bahawa negara itu bebas dari penyakit merebak tersebut.

Setiausaha Kesihatan Francisco Duque berkata, saintis kerajaan telah mengesahkan ‘kemunculan semula Polio’ apabila satu kes dikesan di wilayah selatan Lanao del Sur dan satu kes lagi sedang dipantau.

Advertisement

Dia menyalahkan ‘liputan imunisasi yang lemah’, kurang kebersihan serta pemantauan yang lemah dari pekerja kesihatan sebagai antara sebab penyakit itu muncul semula.

Polio ialah penyakit berjangkit yang boleh merebak dengan cepat dan selalunya menjangkiti kanak-kanak. Ia menyebabkan kelemahan otot, lumpuh dan kadangkala mengancam nyawa.

Polio tidak boleh diubati, tetapi boleh dicegah dengan beberapa dos vaksin polio.

Walaupun terdapat usaha memusnahkan Polio secara agresif di seluruh dunia, penyakit itu masih wujud malah mencatat peningkatan di beberapa negara seperti Pakistan dan Afghanistan. Terdapat beberapa kes tahun ini di beberapa buah negara Afrika, seperti Republik Afrika Tengah dan Somalia.

Duque berkata pada Khamis bahawa kes di Lanao del Sur melibatkan seorang kanak-kanak perempuan tiga tahun. Selain dari kes yang disahkan tersebut, satu lagi kes di mana seorang kanak-kanak lumpuh tiba-tiba sedang menunggu pengesahan (terkini: sudah disahkan sebagai kes Polio yang kedua).

Dia juga mengumumkan bahawa kerajaan akan melancarkan kempen vaksinasi Polio yang dibantu oleh WHO.

Kami sangat menyarankan agar ibu  bapa, pekerja kesihatan dan pihak berkuasa tempatan untuk memberi kerjasama sepenuhnya untuk penyelarasan vaksinasi Polio ini.

Dia menambah, hanya vaksinasi sahaja cara untuk ‘menghentikan wabak Polio dan melindungi anak-anak anda dari penyakit yang boleh menyebabkan lumpuh ini.’

Selain dari imunisasi, kami mengingatkan orang awam untuk mempraktikkan kebersihan yang baik, basuh tangan dengan kerap, gunakan tandas, minum air yang selamat dan makan makanan yang dimasak dengan sepenuhnya.

Saintis kerajaan juga telah mengesan virus Polio dari sampel yang diambil dari sistem kumbahan di Manila serta pembetungan air bandar selatan Davao.

Keputusan ujian telah disahkan oleh Institut Kajian Ubat Tropikal di Manila, Institut Kebangsaan Jepun untuk Penyakit Berjangkit dan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit di Amerika Syarikat. – amazingnara.com via New York Times

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...