Akibat Kekurangan Zat Penting, Bayi Ini Telah Pergi Selama-Lamanya

Trending

Akibat Kekurangan Zat Penting, Bayi Ini Telah Pergi Selama-Lamanya

Di saat anak kecil lain nyenyak dibuai mimpi indah, ada insan lain yang sedang menderita. Tidak tergambar dengan kata-kata apabila penderitaan itu akhirnya membawa kepada pemergian seorang insan buat selama-lamanya.

Advertisement

PILU, sedih tiada kata-kata bagi menggambarkan penderitaan bayi perempuan berusia sebulan di Ghouta Timur, Syria, ini yang hanya tinggal tulang dan kulit akibat kekurangan zat dan makanan.

Bayi itu, Sahar Dofdaa, mengembuskan nafasnya yang terakhir Ahad lalu, ketika ratusan, mungkin ribuan lagi bayi dan kanak-kanak di wilayah itu menghadapi penderitaan yang sama.

Sabtu lalu, ibu bapanya membawa bayi berusia 34 hari itu ke sebuah hospital di Hamouria dan inilah gambarnya yang dirakam wakil AFP.

Sahar cuba menangis seperti kebiasaan bayi seusianya namun tiada kekuatan. Ibunya teresak-esak berhampiran.

Tubuh bayi seperti rangka hidup itu hanya seberat tidak sampai dua kilogram.

Kredit:Harian Metro

Ibunya kekurangan zat hingga tidak mampu menyusukannya manakala bapanya yang bekerja di kedai daging, tidak mampu membeli susu atau makanan bayi lain.

Sahar meninggal dunia di hospital pada pagi Ahad dan ibu bapanya membawa pulang anak tunggal mereka itu ke bandar Kafr Batna berdekatan untuk dikebumikan.

Ghouta Timur dibedil tentera rejim President Bashar al-Assad sejak 2013 menyebabkan bekalan makanan serta perubatan amat terhad dan jika ada, harganya terlalu mahal.

Bekalan keperluan, terutama makanan amat jarang sampai ke wilayah itu dan menurut agensi bantuan, ratusan jika tidak ribuan, kanak-kanak mengalami kekurangan zat.

Sehingga 400,000 orang terperangkap di wilayah Ghouta Timur, antara bandar terakhir menjadi kubu kuat pemberontak.

Hanya pada 23 September lalu, konvo pertama bantuan tiba di wilayah itu namun bekalan yang dibawa hanya cukup untuk 25,000 orang.

Doa untuk saudara Islamku :

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...