Akibat Jawab WhatsApp Orang Tak Dikenali, RM 575 Dalam Akaun Bank Lesap

Trending

Akibat Jawab WhatsApp Orang Tak Dikenali, RM 575 Dalam Akaun Bank Lesap

Salam semua. Minta bantuan sikit. Gunakan kuasa Twitter untuk RT tweet ni jika anda sayangkan mak ayah, adik, abang, kakak, saudara mara kita semua.

Advertisement


Wang saya hilang dalam sekelip mata sahaja sebanyak RM 575. Cerita bermula dengan saya dapat WhatsApp daripada nombor berikut.

Sila simpan nombor tersebut ya kawan-kawan -? +601157958247 (scammer)

Nombor tersebut menggunakan gambar profil seperti di bawah ni ya. Saya tahu tu bukan orang yang sebenar. Saya minta maaf bagi tuan gambar tu ya. Tolong RT juga kasi tuan gambar dapat jejak tweet ni dan buat laporan polis.

Pada ketika kejadian saya berada di Starbucks KLCC pada pukul 9.32 malam saya menerima WhatsApp tersebut. Saya malas layan dan jawab “will block u nowwww. Babai” dan terus sekat pada 9.37 malam.

Selang beberapa minit selepas itu, dalam 9.40 malam saya terima SMS daripada CIMB nyatakan ada penolakan berlaku.

Ini adalah SMS yang saya terima daripada CIMB penolakan pertama sebanyak RM 300 pada 9.40 malam dan saya terima satu SMS lagi daripada CIMB pada pukul 9.41 malam dengan satu lagi penolakan sebanyak RM 275.

Total hilang RM 575 gaissss. Nasib baik akaun ada RM 600 saja. Kalau ada 5000, rasa habis 5000 kena kerja.

Terima SMS tersebut saya sangat terkejut dan cuba login CIMB Clicks tapi gagal. Saya ambil tindakan terus hubungi khidmat pelanggan CIMB menyatakan hal ini. Staf CIMB sekat terus CIMB Clicks saya dan saya bertanya berapa lama saya boleh dapatkan balik duit saya?

Dia kata tak boleh janji.

It’s an authorised transfer. What u do @CIMB_Assists ? Please wake up!

Saya terus ke balai polis untuk buat laporan mengenai kehilangan duit saya. Polis pun kata, memang banyak kes terima dan semuanya daripada CIMB, gaisss! Polis pun pelik, kenapa bank lain tak ada kes sebegini?

Ini adalah laporan polis saya.

Balik sahaja ke rumah saya terus e-mel kepada CIMB laporan polis saya dan bukti-bukti lain. Tapi amat mengecewakan e-mel tersebut undelivered, gaisss. Kenapa ya @CIMB_Assists ? Itu e-mel yang staf khidmat pelanggan kamu berikan kepada saya.

Pada pukul 2.00 pagi, saya terima panggilan daripada Sarjan Shamsul dari IPD Dang Wangi untuk buat temu janji Ahad ni pukul 2.00 petang untuk rekodkan keterangan.

Benda ni tak berakhir di sini tuan-tuan dan puan-puan. Saya terima lagi SMS daripada CIMB kata bayaran kepada MAXIS . Dan suruh semak dekat CIMB Clicks. Saya pun pelik, bukan dah sekat ke CIMB Clicks masa panggilan pertama kali tadi tu?

Tindakan selanjutnya. Pukul 3 pagi saya panggilan khidmat pelanggan lagi sekali untuk bertanya mengenai SMS tersebut. Staf CIMB katakan mereka tak akan hantar SMS sebegitu.

Dan saya minta mereka semak baki semasa saya, tapi mereka kata tak boleh. Pukul 7.00 pagi baru mereka boleh tolong semak.

Ini adalah screenshot CIMB Clicks saya sebelum sempat saya panggilan khidmat pelanggan CIMB untuk sekat CIMB Click ssaya. Nampak tak di situ dua penolakan berlaku kepada @maxislistens

BTW, saya tukar kepada telefon baru dan tak boleh nak guna aplikasi CIMB Clicks sebab sudah daftar dekat telefon lama.

Atas saranan @CIMB_Assists saya ada buat panggilan kepada khidmat pelanggan CIMB Rabu lepas (27/9/2018) untuk reset balik aplikasi itu untuk membolehkan saya login aplikasi CIMB Clicks di telefon baru saya.

Dan benda ni berlaku selang sehari dua sahaja daripada saya buat panggilan ke CIMB untuk reset aplikasi tu.

Adakah ini kerja orang dalam CIMB sendiri? Akhir kata saya seru semua untuk keluarkan duit awak semua daripada CIMB dan simpan di bank lain. Semua kejadian kehilangan duit berlaku melalui akaun @cimbassists

Update: 01/10/2018

E-mel yang khidmat pelanggan CIMB kasi tu saya cuba e-mel undelivered. Cuba faks pun undelivered. Saya panggilan balik khidmat pelanggan, dia kasi e-mel dan nombor faks yang sama.

Saya terangkan betul-betul. Dia suruh pergi cawangan Isnin (hari ini) supaya staf sana yang faks atau e-melkan.

Yang kelakarnya, e-mel dan faks daripada staf mereka juga tak lepas. Saya pergi cawangan CIMB Jinjang. Staf sana suruh saya panggilan balik khidmat pelanggan. Dan ya! 10 minit tunggu panggilan tak diangkat-angkat lagi. Lepas angkat tu saya cerita-cerita. Dia masih bagi e-mel dan nombor faks yang sama.

Saya terus kasi telefon dekat staf sana. Lepas mereka sembang apa saya tak tahu. Sebab staf tadi masuk ke dalam ke meja pegawai dia mungkin.

Dia keluar balik, dan dia kata dia akan tolong e-mel kan. Dia kata dia tak boleh nak tahu delivered atau tak. Saya katalah, mana mungkin macam tu?

Staf CIMB tadi sekali lagi lari masuk ke dalam. Tak tahu buat apa. Dia keluar kata e-mel dah successfully delivered. Saya pun okay la.

Tanya dia yang tentang CIMB Clicks kena sekat tu. Dia kata kena buat kad baru, baru boleh daftar CIMB Clicks balik. Saya pergi ambil nombor dan buat kad baru

Masa saya dekat kaunter tengah buat kad baru tu. Tiba-tiba ada seorang lagi staf CIMB datang kata e-mel tadi tak delivered. Mengamuk la saya. Staf perempuan tadi kata dah delivered.

Dia suruh telefon khidmat pelanggan dia balik. Saya katalah, tadi nak tunggu dia angkat panggilan pun 10 minit. Bazir masa aku saja.

Saya telefon balik khidmat pelanggan CIMB and yes! Lagi 10 minit menunggu mereka angkat panggilan. Saya terangkan, dia masih bagi e-mel dan nombor faks yang sama. Orang khidmat pelanggan tu kata dia nak cakap dengan pegawai sana. Saya bagi saja la telefon saya dekat pegawai sana.

Tak tahu apa mereka sembang kan. Selepas itu penyelesaiannya, pegawai tadi akan e-mel ke orang khidmat pelanggan tu, dan orang khidmat pelanggan tu akan extract ke department in charge.

Pegawai tadi kata dia akan cuba buat dan minta saya balik dulu.

Harap betul-betul la sampai ke jabatan yang bertanggungjawab tu.

Memang haprak betul perkhidmatan CIMB ni. Antara mereka punya staf pun tiada sinkronisasi.

Hi @CIMB_Assists

Adakah E-mel dan nombor faks bawah ni betul?

E-mel: [email protected]

Faks nombor: 0323817201

Kenapa tak dapat nak e-mel dan faks, ya? Cawangan kamu pun tak boleh nak faks dan e-mel?

Dan tolong ajar sedikit staf kamu tu. Ada ke patut bila e-mel tak delivered, kasi alasan:

“sebab kami cawangan saja cik, rasanya cawangan tak boleh hantar e-mel ada attachment”

WTF? Alasan apa tu? Kalau e-mel tak boleh nak letak attachment, baik tak payah buat e-mel. Bodoh betul sistem e-mel kamu.

Sumber: @sha_zaharin di Twitter

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...