Akibat Cemburu, Suami Penggal Kepala Isteri Dan Bawa Ke Balai Polis

Trending

Akibat Cemburu, Suami Penggal Kepala Isteri Dan Bawa Ke Balai Polis

Selepas seorang suami yang dikenali sebagai, Chinnar Yadav mengesyaki isterinya Vimala curang, beliau dikatakan bertindak memenggal kepala wanita tersebut.

Kejadian yang berlaku di Utta Pradesh India itu menyaksikan Chinnar membawa kepala isterinya yang sudah terputus ke balai polis untuk menyerahkan diri.

Advertisement

Hasil siasatan juga mendapati, kejadian berpunca disebabkan cemburu buta Chinnar kepada isterinya. Tidak ketinggalan, rakaman videonya berjalan sambil memegang kepala Vimala juga kini kian tular di media sosial.

Pasangan ini juga khabarnya sempat bergaduh sebelum Chinnar bertindak menyerang isterinya dengan senjata tajam lalu membunuh Vimala.

Untuk rekod, mereka telah melangsungkan pernikahan kira-kira dua tahun yang lalu. Kini, Chinnar telah ditahan oleh pihak polis dan mayat isterinya sudah di hantar ke hospital untuk dibedah siasat.

Sumber: Gulf News

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...