Akibat Cemburu, Ibu Bunuh Dan Buang Anak Dalam Plastik Berisi Mainan

Trending

Akibat Cemburu, Ibu Bunuh Dan Buang Anak Dalam Plastik Berisi Mainan

Seorang ibu difahamkan sanggup membunuh anaknya sendiri yang berusia tiga tahun dan diletakkan di dalam beg plastik berisi mainan milik anaknya.

Menurut laporan Mirror UK, kejadian berlaku di Largo, Brazil selepas wanita yang dikenali sebagai Caroline Carrilho Correia mengaku telah membunuh kanak-kanak yang bernama Isaac Carrilho Barbosa.

Advertisement

Lebih perit, wanita itu juga khabarnya telah meninggalkan mayat mangsa di sebuah hutan berdekatan.

Bagaimanapun, hasil bedah siasat mendapati, Isaac dipercayai mati akibat tercekik. Hal ini demikian kerana, tiada sebarang motif dikenalpasti terhadap pembunuhan tersebut.

Namun, wujud juga dakwaan yang mengatakan Caroline merasakan dirinya sering diabai oleh suami sendiri kerana suaminya sering memberi tumpuan penuh kepada anaknya sahaja.

Rentetan kejadian, Caroline ditemui berada di tebing sungai berdekatan rumah dan dipercayai mahu bertindak membunuh diri selepas anaknya meninggal dunia.

Namun kini beliau sedang menjalani penilaian psikiatri sebelum dihadapkan ke mahkamah bagi tindakan selanjutnya.

Untuk rekod, suaminya masih belum memutuskan untuk bercerai denganya biarpun dipercayai mempunyai masalah kesihatan mental.

Sumber: Mirror UK

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...