Akhirnya Terungkai, Ini 5 Tafsir Mimpi GANJIL Ramai Tak Tahu

Branded

Akhirnya Terungkai, Ini 5 Tafsir Mimpi GANJIL Ramai Tak Tahu

Mimpi adalah mainan tidur. Ada mimpi yang boleh diingati selepas terjaga dan ada juga mimpi yang kekal misteri kerana keGANJILannya. Tapi, apa sebenarnya maksud mimpi tersebut? Adakah benar ada maksud tersirat? Atau sekadar mainan perasaan semata? Ini 6 jenis mimpi dan maksudnya:

Tercabut/patah gigi

Gigi patah

Selalunya mimpi sebegini dikaitkan dengan bakal kehilangan orang tersayang. Sebenarnya, mengikut ahli psikologi, mimpi ini bermaksud orang yang bermimpi mengalami sesuatu yang membuatkannya hilang keyakinan diri.

Terjatuh

Diana Danielle, Fattah Amin dalam Ganjil

Mesti ramai yang bermimpi macam ni kan? Elok je terlelap lepas tu tersentak rasa macam terjatuh. Mimpi ini menandakan korang sedang fokus dan serius dalam sesuatu hal. Penganalisis mimpi, Lauri Loewenberg pula berpendapat mimpi GANJIL sebegini dialami orang yang mengalami tekanan perasaan.

Terbang

maksud mimpi terbang

Bertentangan dari terjatuh, mimpi ini dikaitkan dengan kejayaan. Mungkin korang ada mencapai sesuatu atau berjaya menyelesaikan masalah tanpa sedar.

Meninggal

Maksud mimpi meninggal dunia

Bukanlah seseram disangka! Mimpi GANJIL ini dikatakan sebagai simbolik korang mahu melepaskan diri dari sesuatu keadaan misalnya hubungan, tempat kerja atau situasi lain.

Dikejar

Fattah Amin dalam Ganjil sebagai Amry

Mungkin orang yang bermimpi sedang berdepan masalah yang tidak ditemui hujung puncanya. Jika benar, jangan ragu-ragu untuk melawan dan merungkai masalah di alam realiti.

Poster Viu Original Series Ganjil

Bercakap pasal mimpi, pernah tak korang bermimpi sesuatu yang GANJIL? Contohnya, berjumpa seseorang dan merasakan individu itu sebenarnya wujud. Wujudkah orang yang dimimpikan di alam nyata! GANJIL tapi benar, tapi itulah yang terjadi kepada Amry (Fattah Amin) dan Nabila (Diana Danielle) dalam Viu Original terbaru, GANJIL!

Detik pertemuan dalam mimpi mereka bermula apabila Amry cuba menyelamatkan Nabila dari terjatuh ke dalam gaung dalam. Namun, percubaan itu gagal, Nabila terlepas dari genggaman dan dia tersentak dan terjaga.

Fattah Amin & Diana Danielle dalam siri Ganjil di Viu

Tidak terhenti di situ, dalam mimpi berikutnya, Amry kembali cuba menarik Nabila dari jatuh di tempat yang sama. Kali ini dia berjaya. Mungkin beranggapan Amry cuba mengambil kalungnya, tingkah laku Nabila membuatkan lelaki itu meninggalkannya.

GANJILnya, Amry beredar keluar menggunakan pintu misteri. Pintu usang yang menghubungkan dua dunia berbeza. Atas rasa ingin tahu dan mahu memulangkan barang Amry yang tercicir, Nabila tanpa berfikir panjang melangkah masuk menerusi pintu berkenaan.

Kedua-dua mereka tambah keliru apabila mendapati mimpi mereka ‘bersambung’ ke alam nyata. Satu-persatu petanda diperhalusi untuk merungkai keGANJILan yang berlaku di antara mereka.

Bagaimana agaknya mereka dipertemukan di alam nyata? Atau mimpi hanya mempermainkan mereka? Atau realiti ada rencana lebih baik untuk Amry-Nabila? Saksikan Viu Original terbaru, GANJIL di Viu, 2 episod pertama kini boleh ditonton secara percuma. Jangan lupa muat turun aplikasi Viu di App Store & Play Store sekarang.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagramTelegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...