Akhirnya Terjebak, Peminat Teruja Mira Filzah Kini Dah Ada Akaun TikTok

Hiburan

Akhirnya Terjebak, Peminat Teruja Mira Filzah Kini Dah Ada Akaun TikTok

Setelah Nora Danish, nampaknya Mira Filzah turut terjebak apabila pelakon itu kini sudah mempunyai aplikasi TikTok selain media sosialnya yang lain.

Mira FilzahSumber : Instagram Mira Filzah  

Pelakon drama Adelea Sofea ini memaklumkan kepada peminat bahawa dia mempunyai akaun TikTok yang diberi nama Therealmfmirafilzah.

Advertisement

Ianya ternyata telah menarik perhatian netizen dan teruja kerana dapat mengikuti perkembangan personaliti tersebut menerusi platform media sosial itu pula.

TikTok Mira FilzahSumber : TikTok Mira Filzah  

Ketika meninjau laman TikTok Mira Filzah, dia kini sudah mempunyai lebih 4 ribu pengikut dan hampir 10 ribu tanda suka.

TikTok Mira FilzahSumber : TikTok Mira Filzah  

Bukan sahaja peminat, malah rakan artis turut meluahkan rasa teruja melihatkan Mira yang kini sudah mempunyai akaun itu.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...