Nana Mahazan yang juga merupakan bekas peserta rancangan realiti popular suatu ketika dahulu, Akademi Fantasia (AF) menjawab persoalan ramai berkaitan bagasi peserta.
Sejak AF1 lagi sebenarnya ramai tertanya-tanya apakah bagasi yang dibawa ke atas pentas untuk peserta yang tersingkir itu mempunyai isi di dalamnya.
Kata Nana, setiap minggu peserta memang perlu mengemaskan bagasi masing-masing jadi bagi mereka yang tersingkir, bagasi mereka akan terus diambil dan dibawa ke atas pentas untuk penyingkiran.
Bagaimanapun, kata Nana dia tidak tahu sekiranya proses tersebut sama bagi setiap musim AF tetapi apa yang diceritakannya adalah pengalaman ketika menyertai musim pertama.
Untuk AF lain saya tak tahu tapi untuk AF1 memang setiap minggu kita (peserta) kena kemas beg, memang beg yang diletak di atas tu (pentas) beg pelajar yang tersingkir.
@nanamahazan Replying to @Fakhrul ♬ NO SOUND – Sok Baraby
Tambah Nana, bermula pada minggu ketiga semua peserta tidak lagi mengeluarkan barangan mereka dari bagasi kerana tahu perlu dikemas semula setiap minggu.
Jelasnya lagi, peserta yang tersingkir memang akan terus pulang dan tidak akan berjumpa dengan semua peserta lain yang terselamat sehingga program itu habis.