Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Akhirnya Tamat Selepas 21 Tahun, Erra Fazira Titip Penghargaan Buat Penonton Gerak Khas

Gerak Khas

Drama Gerak Khas yang bersiaran di kaca televisyen sejak 21 tahun yang lalu akhirnya telah melabuhkan tirai pada malam kelmarin.

Poster Gerak KhasSumber : Google  

Bersiaran di saluran TV3 dengan tajuk Gerak Khas The Finale untuk musim terakhir, bintang utama drama rantaian itu, Erra Fazira tampil menitipkan kata-kata penghargaan kepada penonton yang setia menyaksikan drama bersiri tersebut.

Advertisement

Dia dalam pada itu turut meluahkan rasa terharu di atas sokongan padu peminat yang tidak putus-putus memberikan sokongan sepanjang ianya ke udara untuk tontonan umum.

View this post on Instagram

A post shared by Erra Fazira (@errafazira)

“Terima kasih kepada seluruh tenaga kerja..Skop Production, Datuk Yusof HAslam dan rakan-rakan dalam Gerak Khas yang bekerja keras untuk menghasilkan karya yang telah mencipta sejarah dalam industri tanah air. Terima kasih kepada anda penonton Gerak Khas, setelah 21 tahun kini Gerak Khas melabuhkan tirai, tanpa kalian, Gerak Khas tidak mungkin bersiaran selama ini..”

Sekadar info, drama bersiri Gerak Khas turut dibintangi pelakon hebat seperti Norman Hakim, Abby Abadi, Zul Ariffin dan ramai lagi.

View this post on Instagram

A post shared by Erra Fazira (@errafazira)

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

1 Comment

  1. tecit

    March 30, 2021 at 12:16 pm

    syg seribu kali sayang. bakat2 aktor n aktress nye semua luar biasa tp skripnya same saje yg diubah kesnye. ulangan uhuk3. ke aku yg lame xtgk gerak khas yg baru2 ni.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top