Menerusi Instagram, model dan usahawan Zahnita Wilson berkongsi video dirinya dipercayai di mahkamah dan kapsyen ditulis seolah-olah memberi gambaran berita gembira buat dirinya.
Akhirnya, bebas daripada penganiayaan. Terima kasih Hakam.
Hantaran itu dipercayai ada kaitan dengan kemelut rumah tangganya bersama Abdul Zackery Ghouse Abdul Gafor, 47, yang sebelum ini dalam fasa penyelesaian.
View this post on Instagram
Ruangan komen hantaran itu dipenuhi dengan kata-kata semangat dan positif buat Zahnita dan tidak lupa juga yang mengucapkan rasa syukur terhadap berita gembira tersebut.
Terdahulu, pada April 2025 Mahkamah Rendah Syariah Kuantan telah melantik hakam bagi pihak Zahnita dan pihak suaminya untuk membuat rundingan lanjut sebelum laporan diserahkan kepada mahkamah untuk tindakan selanjutnya berhubung tuntutan cerai yang difailkan anak guamnya.
Setakat artikel ini ditulis, tiada berita daripada media tempatan mahu pun kenyataan daripada Zahnita sendiri tentang pengesahan kes tuntutan cerai tersebut.