“Akhirnya Mamu Bebas..” – Kes Sharnaaz Ahmad Tumbuk ‘Pak Guard’ Telah Selesai, Janji Takkan Ulang Kesilapan Lagi

Hiburan

“Akhirnya Mamu Bebas..” – Kes Sharnaaz Ahmad Tumbuk ‘Pak Guard’ Telah Selesai, Janji Takkan Ulang Kesilapan Lagi

Terkini, pelakon terkenal Sharnaaz Ahmad telah dibebaskan oleh Mahkamah Majistret pada hari Jumaat diatas pertuduhan menumbuk seorang pangawal keselamatan pada Jun tahun lepas.

Pada 2 Mei lalu, pelakon berkenaan telah mengemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk menggugurkan pertuduhan tersebut. Dia didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Izzul Islam Awang berumur 27 tahun di kawasan lif, pintu masuk blok di sebuah kondominium pada jam 8.30 malam, 16 Jun 2022.

Advertisement

Mamu nak ucapkan terima kasih kepada semua yang mengikuti kes Mamu dengan rapat.

InsyaAllah Mamu tak buat hal lagi.

Aktor ini juga telah berkongsi berita gembira tersebut di Instagram peribadinya baru-baru ini. Melihat hantaran tersebut, Syarnaaz atau lebih mesra dipanggil Mamu ini mengucapkan terima kasih kepada orang ramai dan dua orang peguamnya yang telah berjaya membantunya.

Untuk info, Mamu telah dituduh mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga sethaun atau denda maksimum berjumlah RM2K atau kedua-duanya sekali jika didapati bersalah.

Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

sharnaaz
6 months ago

Sharnaaz Ahmad Dah Malas Nak Layan Azhar Sulaiman - "Kau Layanlah Apa Dalam Kepala Kau, Aku Doakan..."

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Astro Awani

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...