Terkini, pelakon terkenal Sharnaaz Ahmad telah dibebaskan oleh Mahkamah Majistret pada hari Jumaat diatas pertuduhan menumbuk seorang pangawal keselamatan pada Jun tahun lepas.
Pada 2 Mei lalu, pelakon berkenaan telah mengemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk menggugurkan pertuduhan tersebut. Dia didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Izzul Islam Awang berumur 27 tahun di kawasan lif, pintu masuk blok di sebuah kondominium pada jam 8.30 malam, 16 Jun 2022.
Mamu nak ucapkan terima kasih kepada semua yang mengikuti kes Mamu dengan rapat.
InsyaAllah Mamu tak buat hal lagi.
View this post on Instagram
Aktor ini juga telah berkongsi berita gembira tersebut di Instagram peribadinya baru-baru ini. Melihat hantaran tersebut, Syarnaaz atau lebih mesra dipanggil Mamu ini mengucapkan terima kasih kepada orang ramai dan dua orang peguamnya yang telah berjaya membantunya.
Untuk info, Mamu telah dituduh mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga sethaun atau denda maksimum berjumlah RM2K atau kedua-duanya sekali jika didapati bersalah.
Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.