“Akhirnya Keluarga Juga Orang Yang Terima Kita Ketika Susah” – Peguam

Trending

“Akhirnya Keluarga Juga Orang Yang Terima Kita Ketika Susah” – Peguam

Benarlah kata orang, sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tiada guna. Namun apa sekalipun yang telah berlaku teruskan ke hadapan kerana masa lalu tidak dapat diputar kembali.

Begitu juga dengan tindakan akibat dari perbuatan diri sendiri, terima lah padahnya andai tidak berfikir seribu kali.

Advertisement

Situasi ini sering dilihat apabila selesai mahkamah menjatuhkan hukuman pada pesalah. Situasi yang sebak dan becampur baur membuatkan seisi dewan perbicaraan menjadi suram dan mendung.

Melalui satu perkongsian oleh peguam Mufarwa Farid, beliau berkongsi suasana sebak yang seringkali dilihat oleh beliau seusai perbicaraan sesuatu kes.

Dan inilah situasi yang beliau paling ‘benci’ untuk kongsi!

Kalau kat Mahkamah, benda yang paling aku elak sekali untuk tengok adalah ketika habisnya kes, ahli keluarga berkerumun pergi ke arah kandang dan berjumpa tertuduh yang berpakaian banduan.

Waktu tu, air mata, hingus hidung, teriakan dan tangisan semuanya boleh dilihat daripada dua-dua belah pihak.

Yang paling aku tak boleh tengok, apabila ibu dan tertuduh menangis sambil peluk dengan badan mereka bergetar-getar menahan tangisan. Sedih gila wooo.

Muka gengster macam mana pun, kau tokey dadah besar mana pun, kau bunuh orang banyak mana pun, tapi bila mak kau menangis sambil peluk kau, hilang terus pangkat taiko kau dan air mata dah tak fikir lagi nak mengalir keluar.

Banyak kali dah aku tengok peristiwa macam ni. Muka ganas gila. Ada parut kat mata kesan bergaduh kena libas dengan pedang samurai. Tangan bertatoo naga.


Tapi, bila ibu dia datang peluk dan menangis, terus jadi macam budak hilang mak kat shopping mall.

Kalau benda macam ni berlaku, memang aku terus keluar court laju-laju lah. Tak sanggup tengok. Kang dengan aku-aku pun menangis sambil pelukmak dia.

Itulah gunanya keluarga. Banyak mana pun kawan-kawan dan keliling pinggang ramai awek. Akhirnya keluarga juga orang yang terima kita waktu susah.

Mak dan ayah kita juga terima kita dalam keadaan berbaju banduan dan banyaknya pertuduhan jenayah kita di mahkamah.

Mereka takkan hirau bau badan masam, bau baju hanyir dan ketiak busuk kita waktu kita peluk dia. Yang penting, mereka dapat peluk kita dan sentiasa bersedia untok menerima kita,

Walau jahat mana pun diri kita ni.

Sama-samalah kita renungkan dan ambil iktibar daripada perkongsian ini..

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...