Akhirnya! Eyka Farhana Dan Akhyar Rashid Kini Sah Bergelar Suami Ister

Hiburan

Akhirnya! Eyka Farhana Dan Akhyar Rashid Kini Sah Bergelar Suami Ister

Akhirnya, pelakon cantik Eyka Farhana kini sah bergelar isteri kepada pemain bola sepak Terengganu FC (TFC), Akhyar Rashid! Majlis akad nikah mereka berlangsung secara tertutup pagi tadi sekitar jam 10.12 pagi di Boathouse by The Lake, Ampang, Kuala Lumpur.

Majlis serba indah itu hanya dihadiri oleh ahli keluarga dan kenalan rapat. Eyka kelihatan sangat anggun dalam busana serba putih, manakala Akhyar pula tampil segak berbaju Melayu sedondon.

Advertisement

Eyka dan akhyar selamat bernikah

Difahamkan, Eyka menerima mas kahwin sebanyak RM3,200 daripada suami tercinta.

Terdahulu, Eyka atau nama penuhnya Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi dan Akhyar difahamkan sudah bercinta hampir lima tahun dan bertunang pada 4 Ogos tahun lalu.

Hubungan mereka mula jadi perhatian sejak 2020 apabila beberapa foto mereka bercuti dan keluar bersama mula tersebar di media sosial.

Majlis resepsi dijangka berlangsung dalam masa terdekat, namun tarikh dan lokasi masih dirahsiakan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Sufian Suhaimi & Rania Al Sadat Nikah Hari Ini?
1 hour ago

Sufian Suhaimi & Rania Al Sadat Nikah Hari Ini?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...