Akhirnya Ditangkap!

Trending

Akhirnya Ditangkap!

Satu Malaysia telah digemparkan dengan video kucing bunting dibunuh dengan cara yang sangat kejam dan tragis di sebuah kedai dobi layan diri.

Akhirnya, polis dapat mengenalpasti tiga individu yang terbabit dalam kes tersebut melalui rakaman CCTV yang terdapat di kedai dobi berkenaan.

Advertisement

Dua daripada tiga lelaki yang diburu polis itu akhirnya berjaya ditahan oleh pihak polis. Kedua-dua suspek ditahan sekitar Gombak dan polis masih lagi memburu seorang lagi rakan mereka yang masih bebas.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Samsor Maarof berkata, dua daripada tiga lelaki berkenaan ditahan awal pagi tadi oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak.

“Kedua-dua lelaki berkenaan yang mana perlakuan kejam mereka membunuh seekor kucing bunting terbiar dengan kejam, ditahan awal pagi tadi sekitar daerah ini.

“Bagaimanapun, polis masih lagi memburu seorang lagi suspek yang turut berada di lokasi ketika kejadian kejam itu dilakukan.”

Ketiga-tiga suspek diburu selepas mereka membunuh seekor kucing bunting terbiar dengan meletakkan dan membiarkan kucing itu di dalam mesin pengering pakaian di dobi layan diri di Taman Gombak Ria, 12.30 tengah malam, Selasa lalu.

Bangkai kucing berkenaan ditemui pelanggan lain pada 10.30 pagi ketika ingin menggunakan mesin pengering berkenaan sebelum sebuah pertubuhan membela haiwan bertindak melaporkan kejadian kepada polis.

Perlakuan kejam serta tidak bertamadun mereka dirakam CCTV premis berkenaan serta tular di media sosial mendapat kecaman masyarakat di negara ini.

Tahniah pihak Polis Di Raja Malaysia!

Sumber: Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...