Akhirnya Busana Ditaja, Sissy Iman Kini Tak Risau Baju Tak Menarik Untuk Hos ‘Red Lounge’ AJL35

Hiburan

Akhirnya Busana Ditaja, Sissy Iman Kini Tak Risau Baju Tak Menarik Untuk Hos ‘Red Lounge’ AJL35

Penyanyi yang kini bergelar pengacara, Sissy Iman dikhabarkan bakal menggalas tugas sebagai hos untuk segmen Red Lounge Anugerah Juara Lagu Ke-35 (AJL35) pada 7 Februari ini.

Enggan tragedi sama berulang, Sissy memberitahu media bahawa dia sudah menyediakan busana yang bersesuaian dengan tugasnya pada malam itu nanti.

Advertisement

Tambah penyanyi yang lincah bila berhadapan dengan kamera ini lagi, dia telah pun mendapat tajaan daripada pihak penganjur AJL35 itu sendiri.

View this post on Instagram

A post shared by Sissy Imann (@sissyimann)

“Untuk tugas saya sebagai hos bersama Red Lounge AJL35, saya dah ada baju yang akan dipakai nanti dan ia merupakan tajaan daripada pihak penganjur. Alhamdullilah, ada pihak yang sudi untuk menaja. Pihak produksi tolong saya dapatkan baju dan saya ada juga bagi idea baju macam mana yang saya nak pakai pada malam itu nanti.”

Menurut penyanyi lagu Mungkin Kamu ini, setelah insiden dan kontroversi mengenai penampilannya dalam acara Red Carpet Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) tempoh hari dikecam netizen kerana dilihat tidak bersesuaian dan pelik, kali ini Sissy lebih teliti dalam memilih gaya yang akan dipersembahkan dalam sesuatu acara.

View this post on Instagram

A post shared by Sissy Imann (@sissyimann)

Namun, bukan bermakna dia tidak suka dengan busana yang direka sendiri oleh bapanya itu tetapi baginya mungkin ‘tidak kena’ pada mata orang yang melihatnya.

Dia juga menambah bahawa tidak akan pernah serik untuk menggayakan apa jua pakaian yang direka bapanya, Mohammad Kamil Mustaffa,58, selepas ini.

Sekadar info, Sissy akan bergandingan dengan Shuk Sahar selaku teman hos dalam majlis Red Lounge AJL 35 yang akan berlangsung pada 7 Februari nanti bertempat di Auditorium MBSA, Shah Alam.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...