Jabatan Peguam Negara (AGC) akhirnya memutuskan untuk menuduh beberapa suspek yang terbabit dalam kes buli melibatkan pelajar berusia 13 tahun, Zara Qairina Mahathir, memetik Berita Harian.
Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar, dalam satu kenyataan media berkata keputusan itu dibuat selepas penelitian rapi terhadap kertas siasatan yang dirujuk oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Bagaimanapun, identiti suspek yang akan dituduh tidak didedahkan oleh pihak AGC.
Keputusan untuk menuduh suspek-suspek bagi kesalahan buli berkenaan dibuat memandangkan pertuduhan tersebut tidak akan mengganggu proses inkues yang akan berjalan.
Tambah beliau, keputusan itu juga tidak menjejaskan siasatan yang masih diteruskan oleh PDRM, termasuk prosiding inkues yang akan dijalankan di mahkamah berhubung punca kematian Zara Qairina.
Kes Zara Qairina: Cucu TYT Atau Isteri Menteri Didakwa Terlibat? Ini Penjelasan Menteri Dalam Negeri
Terdahulu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memaklumkan polis telah menyerahkan kertas siasatan kes berkenaan kepada AGC pada pagi tadi selepas soal siasat terhadap 195 saksi selesai dijalankan.
Selain itu, kami kongsikana artikel trending yang lain pada pautan di bawah.