Akhiri Zaman Solo Di Usia 60 Tahun, Mak Wan Latah Sempat Tunaikan Umrah Sebelum Tiba Hari Bahagia

Hiburan

Akhiri Zaman Solo Di Usia 60 Tahun, Mak Wan Latah Sempat Tunaikan Umrah Sebelum Tiba Hari Bahagia

Pelakon veteran Mak Wan Latah khabarnya akan menamatkan zaman solo apabila dia akan mendirikan rumah tangga kali kedua pada Januari 2022 di usia 60 tahun.

Mak Wan atau nama sebenarnya Halimaton Saadiah Mohd Daud, dia bersyukur kerana diberikan kesihatan yang baik untuk menunaiakn umrah meskipun sedang dalam persiapan menanti hari bahagia pada 15 Januari nanti.

Advertisement

Kata Mak Wan lagi, ini merupakan kali kedua dia diberi kesempatan untuk menunaikan umrah dan sudah tahu apa yang perlu disediakan sepanjang perjalanan ke sana.

Difahamkan, pemergian Mak Wan ke tanah suci Mekah ditaja sepenuhnya dan berita gembira itu turut dikongsikan pelakon Didie Alias ketika siaran langsung dalam sebuah program di laman Facebook, Julai lalu.

Memang tak dapat nak gambarkan bagaimana perasaan saya apabila diberi peluang sekali lagi untuk ke sana. Saya ni pendosa, seorang yang tak sempurna, tapi mungkin Allah mendengar doa saya.

Jadi bila Didie Alias beritahu saya ditaja untuk tunai umrah, terus tak dapat jalan dan pengsan. Begitulah perasaannya.

Difahamkan, Mak Wan telah selamat berangkat ke Tanah Suci Mekah kira-kira jam 11 malam, Sabtu lalu.

Ditanyakan mengenai majlis perkahwinan yang bakal menjelang tiba, Mak Wan memaklumkan bahawa ia akan dilaksanakan secara ala kadar memandangkan dia terikat dengan beberapa penggambaran selepas itu.

Kongsi pelakon filem Tuan Besar ini lagi, anak-anaknya tumpang gembira kerana ibu mereka kini tidak lagi keseorangan meniti hari-hari mendatang.

“Mereka sukalah maknya ada kawan, kalau tak saya tinggal seorang diri je kan..” katanya lagi.

Wany hasrita
3 years ago

Tak Tertekan Ramai Artis Dah Kahwin, Wany Hasrita Mahu Baiki Diri Sebelum Bergelar Isteri

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...