Setelah video pergaduhan bersama isteri kedua tular di laman media sosial, akhirnya bekas Ketua Polis Negara iaitu Tan Sri Musa Hassan membuka mulut bagi menjawab persoalan ramai.
Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan secara terperinci mengenai isu berkenaan dan menyerahkan selebihnya kepada Mahkamah Syariah.
Malah, TS Musa Hassan turut berkata prinsipnya bukanlah membuka aib mana-mana pihak termasuk sekali isteri sendiri.
1. Sepotong video pertikaman lidah antara seorang wanita dan lelaki mirip Tan Sri Musa Hassan, 71, bekas Ketua Polis Negara kelapan tular di media sosial hari ini.
“Kau dengki takut orang lain dapat aku kan? Kau pun boleh kahwin lain dengan Cina tu,” ujar perempuan tersebut. pic.twitter.com/DrrqGyvKrv
— FWB et cætera (@BMVFM) March 7, 2023
Dalam pada masa yang sama, beliau berkata kemelut rumah tangganya itu bukan baru saja berlaku, tetapi sudah hampir masuk tahun ketiga ia berlaku.
Bahkan, TS Musa Hassan memberitahu dirinya serta isteri sudah enam bulan tidak duduk sebumbung.
Akhir kata, beliau sama sekali tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang kepada mana-mana pihak yang membuat spekulasi negatif sendiri tanpa bukti kukuh mengenai kontroversi berlaku.