May 23rd, 2012

Lama sungguh rasanya tidak mendengar khabar tentang Akhil Hayy dan Waheeda. Pasti ramai yang tertanya-tanya sama ada pasangan suami isteri telah pun dikurniakan cahaya mata selepas perkahwinan mereka. Rupa-rupanya, Akhil Hayy dan Waheeda masih merancang untuk mendapat anak dek kerana kesibukan kerjaya masing-masing.

akhil hayy

Akhil Hayy yang akan terlibat di dalam rancangan Imam Muda 3 berkata yang dia dan Waheeda telah bersetuju untuk tidak tergesa-gesa mendapatkan anak. Kata Akhil Hayy kepada portal Murai:-

Waheeda belum lagi hamil kerana kami berdua memang merancang dalam soal ini. Apatah lagi, saya masih mempunyai anak yang di bawah jagaan saya dan mereka masih belia remaja. Memang saya dan Waheeda mendambakan untuk mendapatkan zuriat daripada hasil perkahwinan kami, tapi dari segi perancangan, kami tidak rasa ianya akan berlaku dalam masa terdekat. Janganlah salah anggap, kerana keputusan ini di buat diatas persetujuan kami berdua. Apatah lagi kebelakangan ini, dalam dua bulan sekali kami berdua sering kali ke Mekah untuk mengerjakan umrah. Jadi mungkin kesibukan boleh dijadikan alas an untuk kami memiliki anak buat masa terdekat. Kami tidak tergesa-gesa untuk menimang cahaya mata. Tapi kalau sudah ada rezeki, kami akan terima dengan redha.

Secara jujur, Abang Nara kalau dah berkahwin pasti tak sabar-sabar nak menimang anak. Namun lain orang lain perancangannya. Kalau Waheeda dan Akhil Hayy dah bersetuju untuk merancang, semoga itu yang terbaik untuk mereka. Apa pun jangan lupa untuk saksikan Imam Muda 3 yang akan bersiaran tidak lama lagi di Astro Oasis.


185 responses to “Akhil Hayy Dan Waheeda Masih Merancang Untuk Menimang Cahaya Mata”

  1. Anonymous says:

    korang ni buat berdosa jer..mana tahu akhil hay ckp gtu agar xaibkan isteri dia waheeda? waheedakan sakit? kalu dia ckpmxde rezeki karang org ngata waheeda plak sbb akhil dgn bini2 lain ok je ada anak…. kan lelaki yg baik tu jaga aib rumah tangga n aib isteri? astaghfirullah istighfar banyak2 la korg ni…
    yg kata dia perampas tu dahla…citer lama dah pon…. bekas isteri akhil pon dah kawen lain dapat yg muda tp pon ada masalah jugak..so kita xtau apa cerita sebenar… so xyahlah nak tuduh waheea tu macam2 kita bukan tuhan…..

  2. ros berduri says:

    merancang nak tp tak dapat kot….entahlah..nak komen, takut dgn azab Allah..tak komen,rasanya dipanggil untuk memberi nasihat kepada yang senasib maizawati…apapun Hanya Allah Rabbul Jalil yang mengetahui disebalik kehidupan kita masing-masing..serahkanlah nasib kepadaNya,…tentang pembalasan di dunia dan di akhirat tu…Hanya Dia yang tahu..

  3. Anonymous says:

    biasala dah kawen ngan bapak orang memang tak teringin la nak anak, yg belum ada anak mestila nak sgt2 tapi dah sayang gila kat husband, ikut jerla. maizawati yg anak dah ramai pun beranak lagi sebab kawen dengan orang belum ada anak mestila teringin anak sendiri jugak nak tgk rupa macamana. atau memang waheeda ni belum ada rezeki kot…

Loading...