Akhil Hayy Dan Waheeda Masih Merancang Untuk Menimang Cahaya Mata

Hiburan

Akhil Hayy Dan Waheeda Masih Merancang Untuk Menimang Cahaya Mata

Lama sungguh rasanya tidak mendengar khabar tentang Akhil Hayy dan Waheeda. Pasti ramai yang tertanya-tanya sama ada pasangan suami isteri telah pun dikurniakan cahaya mata selepas perkahwinan mereka. Rupa-rupanya, Akhil Hayy dan Waheeda masih merancang untuk mendapat anak dek kerana kesibukan kerjaya masing-masing.

akhil hayy

Advertisement

Akhil Hayy yang akan terlibat di dalam rancangan Imam Muda 3 berkata yang dia dan Waheeda telah bersetuju untuk tidak tergesa-gesa mendapatkan anak. Kata Akhil Hayy kepada portal Murai:-

Waheeda belum lagi hamil kerana kami berdua memang merancang dalam soal ini. Apatah lagi, saya masih mempunyai anak yang di bawah jagaan saya dan mereka masih belia remaja. Memang saya dan Waheeda mendambakan untuk mendapatkan zuriat daripada hasil perkahwinan kami, tapi dari segi perancangan, kami tidak rasa ianya akan berlaku dalam masa terdekat. Janganlah salah anggap, kerana keputusan ini di buat diatas persetujuan kami berdua. Apatah lagi kebelakangan ini, dalam dua bulan sekali kami berdua sering kali ke Mekah untuk mengerjakan umrah. Jadi mungkin kesibukan boleh dijadikan alas an untuk kami memiliki anak buat masa terdekat. Kami tidak tergesa-gesa untuk menimang cahaya mata. Tapi kalau sudah ada rezeki, kami akan terima dengan redha.

Secara jujur, Abang Nara kalau dah berkahwin pasti tak sabar-sabar nak menimang anak. Namun lain orang lain perancangannya. Kalau Waheeda dan Akhil Hayy dah bersetuju untuk merancang, semoga itu yang terbaik untuk mereka. Apa pun jangan lupa untuk saksikan Imam Muda 3 yang akan bersiaran tidak lama lagi di Astro Oasis.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...