Akaun Youtube Kena Godam, Nana Sheme Hilang 100k Pengikut

Hiburan

Akaun Youtube Kena Godam, Nana Sheme Hilang 100k Pengikut

Penyanyi Nana Sheme meluahkan rasa kesal apabila akaun Youtube miliknya telah digodam pihak tidak bertanggungjawab pada malam Ahad yang lalu.

3 years ago

Semakin Pulih, Penyanyi Nana Sheme Berjaya Atasi Masalah Kemurungan

Advertisement

Ujar Nana, dia dimaklumkan mengenai perkara itu oleh rakannya di mana terdapat seorang warganegara asing telah menggunakan akaun Youtube miliknya itu untuk melakukan siaran langsung.

View this post on Instagram

A post shared by NANA SHEME (@nanaasheme)

Nana atau nama sebenarnya Nur Nabilah Hashimi memberitahu bahawa dia dan pihak pengurusannya sehingga kini masih sedang mencuba untuk mendapatkan kembali akaun Youtube tersebut.

Tiba-tiba ada mat saleh buat live menggunakan saluran YouTube saya. Dari semalam saya cuba untuk dapatkan semula akaun saya. Saya ada minta tolong pihak pengurusan saya juga. Mereka pun masih berusaha untuk dapatkan semula, tapi tak tahu la, harapan macam tipis.

Tambahnya lagi, pihak YouTube mengatakan akaun tersebut sudah pun dibuang.

Penyanyi lagu Hantu Atau Buaya ini meluahkan rasa sedih berikutan akaun tersebut bukan sahaja menyimpan kenangan namun turut mempunyai nilai sentimental melibatkan arwah ibunya.

View this post on Instagram

A post shared by NANA SHEME (@nanaasheme)

Dia walau bagaimanapun mengungkapkan rasa syukur kerana sempat menerima anugerah YouTube silver play button sempena kejayaan memperoleh 100,000 pengikut di saluran popular itu.

Terdahulu, penyanyi Nabila Razali juga mengalami perkara yang sama dan dia dilaporkan turut kehilangan 400,000 pengikut selepas akaun YouTube miliknya itu telah digodam pihak yang tidak bertanggungjawab, semalam.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...