Akaun Instagram Nabil Ahmad Digodam, Hilang 1.2 Juta Pengikut

Hiburan

Akaun Instagram Nabil Ahmad Digodam, Hilang 1.2 Juta Pengikut

Aduh. Kesian sungguh dengan nasib malang yang menimpa selebriti-selebriti tanah air. Lepas seorang demi seorang akaun Instagram digodam oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Sebelum ini Mia Ahmad, Jihan Muse, Izreen Azminda pernah menjadi mangsa dan kehilangan jutaan pengikut. Kali ini giliran Nabil Ahmad pula. Akibatnya, Nabil dan isterinya yang berkongsi satu akaun Instagram telah kehilangan 1.2 juta pengikut. Satu angka yang cukup banyak.

zira nabil

Advertisement

Kata Nabil:-

Zira yang menyedari akaun kami digodam apabila tidak dapat memasukkan kata laluan Instagram, semalam. Apabila dia cuba untuk memasukkan kata laluan baharu, emel yang diterima bukan emel sebenar kami. Sudah pasti keadaan ini menyukarkan tugasan harian termasuk komitmen terhadap urus niaga dengan pelanggan serta pengiklan.

Sebagai langkah lanjut, saya membuka akaun baharu dengan nama @Nabilzira. Tidak sangka dalam saya mengambil langkah berjaga-jaga selepas mengetahui beberapa rakan selebriti sebelum ini pernah menjadi mangsa godam, akhirnya terkena jua.

zira nabil

Bukan senang hendak mengumpul pengikut sehingga 1.2 juta. Senang-senang je kena godam dengan mereka yang tidak bertanggungjawab ini. Tak apalah Nabil. Insya Allah akaun baru ini pun akan melonjak naik jumlah pengikutnya secepat mungkin. Lepas ini boleh lebih berhati-hati terutama apabila membuka email yang kononnya dihantar oleh pihak Instagram. Apa pun, buat para peminat Nabil Ahmad, boleh ikuti Instagram barunya di @NabilZira. Sumber Berita Harian.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...