Akaun Instagram Izreen Azminda Digodam, Hilang 1.2 Juta Pengikut

Hiburan

Akaun Instagram Izreen Azminda Digodam, Hilang 1.2 Juta Pengikut

Abang Nara tak dapat bayangkan jika akaun Instagram yang mempunyai berjuta-juta pengikut digodam dan bukan lagi milik kita dalam sekelip mata. Sedih beb. Mahu bergenang air mata dibuatnya. Penat-penat cari followers, tup-tup orang lain senang-senang je “hack” dan buat macam harta sendiri. Nasib baiklah akaun Instagram Abang Nara pengikut tak sampai 100 orang pun. Kalau kena godam pun tak terasa sangat. Tapi kalau macam Izreen Azminda yang ada 1.2 juta pengikut nie, memang sebak hati dibuatnya.

izreen azminda

Advertisement

Walaupun Izreen sudah mengambil langkah berhati-hati dengan tidak membuka sebarang email yang kononnya dihantar oleh pihak Instagram, namun para penggodam ini berjaya juga mencuri akaun pelakon ini. Lagi menyedihkan kerana Izreen aktif mengambil pengiklanan menerusi akaun Instagramnya. Kehilangan 1.2 juta pengikut sedikit sebanyak memberikan impak kepada sumber pendapatan Izreen. Kata Izreen:-

Saya tidak tahu bagaimana untuk meluahkannya kerana terlalu sedih dengan apa yang berlaku. Lebih membuatkan saya terkilan, banyak gambar dalam akaun Instagram itu sudah tiada lagi dalam simpanan saya. Sebelum ini, saya begitu berhati-hati terutama apabila mendapat tahu banyak akaun rakan artis lain yang menjadi mangsa penggodam.

Setiap kali menerima e-mel berkaitan Instagram, saya tidak akan membukanya. Saya takut jika ia datang daripada pihak yang tidak bertanggungjawab. Tetapi, ia tetap berlaku dan saya begitu terkilan.

Bagaikan menjadi aliran, ramai pengusaha produk akan melihat jumlah pengikut seseorang artis sebelum menawarkan komitmen kerja. Tidak kira sama ada untuk membuat ulasan produk atau perlantikan menjadi duta. Saya ambil apa yang berlaku dari sudut positif. Saya percaya, pihak yang ingin memberikan tawaran baharu sudah maklum dengan jumlah pengikut saya di laman sosial sebelum ini. Saya hanya berserah kepada Allah.

 photo iz.jpg

Sesungguhnya setiap manusia itu diuji dengan dugaan yang mampu dihadapinya. Semoga Izreen tabah menghadapi dugaan ini. Abang Nara percaya para pengikut Instagram Izreen akan kembali mengikuti akaun barunya di @izreen.azminda. Seminggu dua lagi tue dapatlah kembali 1.2 juta pengikut. Tak gitu? Sumber Berita Harian.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...