Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Akaun Instagram Itu Palsu Bukan Saya Yang Tegur Fazura – Adik Neelofa

Beberapa hari lepas nama adik kepada selebriti popular Neelofa iaitu Ameera menjadi hangat apabila bertindak untuk menegur aurat pelakon Nur Fazura yang ketika itu memuat naik foto beliau tampil berselendang di akaun Instagram miliknya.

Advertisement

Perkara itu menjadi viral kerana teguran itu dibuat dalam nada sinis dan ada pihak yang menganggap Ameera tidak mempunyai hak untuk menegur dengan cara sedemikian kerana beliau juga tidak bertudung.

Walaubagaimanapun, Ameera menerusi akaun Instagramnya hari ini telah menafikan perkara tersebut dan  fotonya telah disalah gunakan oleh pemilik akaun @ameerakhan812 dan menjelaskan bahawa Instagram tersebut adalah palsu.

Ameera dengan nada  tegas berkata beliau  tidak mempunyai sebarang akaun Instagram lain melainkan @lilttlemisskhan dan memohon supaya pengikut di laman sosial tidak terpedaya dengan akaun palsu tersebut.

Advertisement

I came across a blog that has a story written down about ‘me’ using foul language on a well-known Malaysian actress’ post. So here I’m making very very clearly that this is my only account. I do not have any other Instagram account .

@ameerakhan812 is not me. Please make sure your facts are right before you commit a sin. I’m sorry for misunderstandings, I didn’t mean to hurt anyone. Thank you.

Fazura juga nampaknya tidak begitu peduli dengan isu berkenaan kerana mungkin beliau mengetahui ianya akaun palsu. Harapnya selepas ini tiada lagi pihak yang menghentam Ameera atas tindakan yang bukan dilakukan olehnya. Memang bayak fakers dalam Instagram ni, yang wujudkan akaun semata-mata untuk jadi keyboard warrior dan mengkritik artis pun ada.

Sumber Berita & Foto: Astro Gempak

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...
To Top