Bergelar selebriti pastinya mereka harus tampil dengan gaya yang ‘trendy’ dengan pelbagai jenama mewah yang popular. Kata orang kenalah nampak glamor barulah akan menarik perhatian dan menjadi idola ramai peminat.
Bagaimanapun, baru-baru ini sebuah akaun Instagram dengan nama @streetwearbustamy mendedahkan beberapa selebriti popular menggayakan barangan jenama tiruan berdasarkan siasatan dan pemerhatian yang dilakukan menerusi foto yang dimuat naik oleh mereka di akaun Instagram.
Antara artis yang dikantoikan berbuat demikian ialah Emma Maembong, Fathia Latiff, Ismail Izzani, Janna Nick, Aiman Tino, Haqiem Rusli, Ara Johari, Zoey Rahman dan Fara Mendoza. Barangan tiruan yang digayakan terdiri daripada jenama Supreme, Gucci, Louis Vuitton dan Air Jordan.
Namun, ada juga selebriti yang dikesan menggunakan barangan berjenama yang tulen seperti Awal Ashaari, Sharifah Sakinah dan Asad Motawh.
Menurut pemilik akaun berkenaan, mereka yang menggayakan barang-barang tiruan boleh dianggap sebagai individu yang menyokong jenayah hak cipta. ‘Fake people wear fake things’. Tidak salah untuk membuat khidmat ‘review’ berbayar tetapi janganlah sokong produk tiruan.