December 2nd, 2015

Sebelum ini sudah banyak kes akaun laman sosial selebriti digodam dan dimanfaatkan oleh orang lain, baru-baru ini ianya terjadi lagi kepada akaun Instagram milik Ayda Jebat juga.

Menggunakan medium Instagram untuk berkongsi aktiviti seharian bersama peminat, Ayda akui merasa sedih dan terkilan apabila ada pihak tidak bertanggungjawab menceroboh akaun beliau.

Saya rasa sangat sedih kerana akaun Instagram saya digodam. Rasa macam nak nangis. Saya memang aktif menggunakan Instagram sebagai medium untuk berhubung dengan peminat-peminat saya.

Saya juga selalu berbalas-balas komen di laman Instagram dan mengemaskini aktiviti harian saya bersama peminat. Apabila perkara ini terjadi, saya rasa sangat terkilan.

Ayda juga memberi amaran kepada peminatnya yang mengikuti beliau di Instagram untuk tidak terpedaya dengan tawaran iPhone 6S percuma yang di iklankan melalui Instagramnya. Kata Ayda, itu adalah salah satu helah daripada penggodam berkenaan.

Entri terbaru yang menyatakan adanya tawaran iPhone 6S percuma adalah bukan dari pihak saya. Jadi saya mohon agar pengikut-pengikut saya tidak tertipu.

Nampaknya selebriti lain juga harus berjaga-jaga dan kalau boleh wujudkan satu password yang kuat  agar tiada pihak yang boleh mengakses akaun media sosial anda. Biasalah kan, penggodam memang target akaun yang ada pengikut yang ramai untuk manfaat mereka.

Sumber Berita: Murai


Comments are closed.

Loading...