Mengakui dirinya mudah percaya dengan permintaan kononnya untuk mendapatkan pengesahan daripada Instagram, penyanyi dan juga pengacara Adibah Noor mengesahkan akaunnya @adibah_noor di Instagram telah digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Pemilik nama Adibah Noor Mohd Omar,50, ini berkata dia kini terpaksa membuat akaun yang baru dan yang menyedihkan, kesemua gambar kenangan yang disimpan sekian lama telah hilang buat selama-lamanya.
hi gais.
my instagram adibah_noor no longer exists.
so stupid of me to believe all those “verification” requests.now all those memories in pictures and posts are gone forever.
my new account is adibahnoormohdomar…
in case you wanna give it a follow.thank you.
— ADIBAH NOOR ??? (@adibahnoor) July 11, 2020
“Hai semua, instagram saya adibah_noor sudah tidak lagi wujud. Betapa bodohnya saya kerana percaya dengan semua ‘pengesahan’ yang telah diminta. Sekarang semua foto kenangan telah hilang buat selama-lamanya. Akaun Instagram saya yang terbaru adalah adibahnoormohdomar, jika anda mengikuti semula. Terima kasih,”
Dia yang berkongsi berita tersebut di laman twitter turut memuat naik tangkap layar mengenai perbualan antara dia dan penggodam tersebut. Individu tersebut telah meminta sejumlah wang kepada Adibah Noor jikalau dia ingin memiliki akaunnya semula.
Sudah menjangka akan perkara tersebut, Adibah mengakui dia mudah tertipu kerana terlalu panik dengan ugutan akaun Instagramnnya itu akan ditutup dalam tempoh 24 jam jika tidak mengikuti arahan penggodam itu.
“Bila tak buat ‘verification’, mereka ugut nak tutup akaun dalam tempoh 24 jam. Jadi kelam kabut la buat apa yang disuruh. Tukar kata kunci banyak kali bagi kod pengesahan (yeay saya sangat mudah ditipu). Akhirnya..sampai emel pun mereka tukar.”
Penyanyi lagu Terlalu Istimewa ini juga turut menitipkan pesanan kepada mereka di luar sana supaya jangan mudah tertipu apabila pihak ‘instagram’ menyuruh pengguna platform tersebut untuk membuat pengesahan kerana itu semuanya ada penipuan semata-mata.