Satu akaun di Instagram telah berkongsi video dan memberi penerangan tentang pemilikan sebuah restoran makanan Korea terkenal, K Garden.
Terletak di IOI City Mall Putrajaya, ramai beranggapan restoran tersebut dimiliki oleh pasangan pempengaruh Ryzal dan Maryam atau lebih dikenali dengan panggil ‘Duriankimchi’.
Pasangan itu sering mempromosikan restoran berkenaan sejak dari awal pembukaan premis dan telah menarik ramai pencinta makanan Korea dalam kalangan Melayu untuk menjamu selera di situ.
Bagaimanapun, menurut akaun Instagram ini restoran itu bukanlah milik Ryzal dan Maryam sebaliknya dimiliki oleh ahli perniagaan bukan beragama Islam.
Sebaliknya, pasangan itu merupakan salah seorang pemegang saham iaitu sebanyak 5 peratus bernilai RM25,000. Bukan itu sahaja, restoran tersebut juga didapati tidak mempunyai sijil halal.
View this post on Instagram
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.