Baru-baru ini, kakak Ira Kazar iaitu Yasmin Kazar ada memuat naik ciapan berbaur sindiran terhadap pelakon, Puteri Sarah susulan bersuara mengenai kecurangan suami, Syamsul Yusof bersama Ira Kazar.
Oleh kerana tweet tersebut, akaun Yasmin teruk diserang netizen dan ramai beranggapan dia tidak perlu ikut campur hal terbabit kerana sama sekali tiada kaitan dengannya.
Barangkali sedar diri dikecam teruk, akaun Twitternya itu telah pun dinyahaktif dari platform berkenaan.
Difahamkan sebelum ini, kakak kepada Ira Kazar itu telah membuat ciapan mempersoalkan tindakan Puteri Sarah yang kerap kali memuat naik hantaran mengenai isu rumah tangga di media sosial.
Rosaklah perempuan-perempuan yang suka viral sana-sini acah-acah tersakiti dicurangi.
Ada juga beberapa netizen yang sempat membalas ciapan tersebut sebelum Yasmin mengambil keputusan untuk ‘lesap’ daripada platform tersebut.