Perkongsian usahawan terkenal, Vivy Yusof di Instagram story baru-baru ini telah meraih perhatian ramai netizen di media sosial. Menerusi hantaran itu, Vivy berkongsi keadaannya ketika waktu media menerbitkan berita tentang akaunnya dan suami dibeku bagi membantu siasatan.
Apabila media umumkan akaun kami dibekukan, begitu ramai orang berbuat baik kepada kami. Walaupun kami ada wang hasil kerja keras, tapi kami tak dibenarkan menggunakannya. Semuanya kena sekat.
Tambahnya, dia menjadi lebih terharu apabila ada kenalannya yang menghantar makanan kegemarannya, Beef Wellington di saat dia sekeluarga melalui detik sukar.
Kami tiada apa apa. Jadi, ramai orang yang bimbang terutamanya kepada anak-anak, kami dapat banyak pesanan mesej. Rakan-rakan dan pengikut menghantar kami makanan, baucer Grab dan rezeki tu tak putus-putus.
Kawan aku takde duit, aku send nasi kerabu je. Vivy takde duit, kawan dia hantar beef wellington.
Dan cara dia cerita mcm pantry rumah dia kosong takde makanan langsung, gas habis, letrik takde kena potong, petrol kereta takde, dan gelang mas habis kena gadai.
Pantat. pic.twitter.com/CnA2ZCfiTG
— hollis (@holiltheV) January 1, 2025
Hantaran berkenaan dikongsikan semula di laman sosial X di mana ramai netizen meluahkan rasa ‘annoyed’ dengan sikap Vivy Yusof dan menyifatkan kata-katanya itu sebagai ‘tone deaf’ dan mempunyai unsur ‘humble brag’.
Ramai turut berseloroh mengatakan mereka hanya dapat memberikan rakan-rakan yang tiada duit makanan seperti nasi kerabu, nasi bujang atau mana-mana menu yang murah.
Dia punya level tone deaf humble brag tu. Jual jela handbag ko yang banyak banyak tu halah halah.