Hantaran yang dimuat naik oleh penyanyi, Datuk Nora Ariffin baru-baru ini telah menarik perhatian netizen hingga timbul persoalan di kalangan pengikut di Instagram.
Nora kini berbadan dua?
Dapat dilihat dalam kapsyen foto yang dimuat naik, penyanyi terbabit seakan-akan memberi bayangan kini sedang berbadan dua.
Dalam gambar yang dimuat naik, Nora kelihatan amat gembira bergambar bersama suami, Dr Rushdi Ramli.
View this post on Instagram
‘Baby 2024 ke ni? Mustahil lah..’
Meninjau di ruangan komen, sesetengah netizen tertanya-tanya jika Nora kini sedang hamil, bahkan ada yang berkata nampak ‘baby bump’ di salah satu foto yang dimuat naik.
Dalam pada masa yang sama, ramai juga yang mendoakan kebahagian buat Nora serta suami, malah jodoh berkekalan hingga ke Jannah.
Sekadar info, Nora Ariffin berkahwin dengan Rushdi pada tahun 2021 selepas kehilangan suami pada 2019 akibat serangan jantung.