“Akan Ada Waktu Yang Dirindukan, Namun Tak Dapat Terulang Kembali” – Isteri ND Lala Kongsi Gambar Lama

Hiburan

“Akan Ada Waktu Yang Dirindukan, Namun Tak Dapat Terulang Kembali” – Isteri ND Lala Kongsi Gambar Lama

Sebelum ini, nama ND Lala terpalit dalam kontroversi membabitkan seorang penyanyi lelaki terkenal pada era 80-an sudah bernikah lagi secara rahsia dengan seorang wanita yang usianya jauh lebih muda.

Walaupun anak perempuannya, Syada Amzah telah menafikan khabar angin yang tersebar itu namun hantaran terbaharu isteri kepada ND Lala iaitu Fauziah Sarman telah mendapat perhatian orang ramai.

Advertisement

Menerusi hantaran di Instagram, Fauziah berkongsi gambar lama yang memaparkan suaminya yang memeluk erat tubuhnya dari belakang.

Malah, apa yang lebih mencuri tumpuan ialah kapsyen yang ditulis Fauziah yang mengatakan akan ada watu terdahulu yang dirindukan namun tidak dapat diulang kembali.

Akan ada selalu waktu yang dirindukan, Namun tidak dapat terulang kembali..

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen telah memberi kata-kata semangat kepada Fauziah selain mendoakan kebahagiaan rumah tangganya.

Bukan itu sahaja, ada juga yang memuji wajahnya kekal awet muda selain mengatakan wajahnya persis anaknya yang juga merupakan penyanyi terkenal, Shila Amzah.

Namun, sehingga kini ND Lala masih mendiamkan diri dan belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai isu yang terpalit dengan dirinya itu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2 years ago

Anak Nafi ND Lala Kahwin Lagi Satu Secara Rahsia - "Saya Minta Simpang Benda Ini Berlaku Sebab..."

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...