Polis Kelantan mengesahkan akan ada tangkap baru dilakukan membabitkan pempengaruh media sosial dan pengasas produk kosmetik dari negeri ini yang disyaki terbabit dalam aktiviti dadah.
Ketua Polis negeri itu, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, siasatan masih dijalankan setakat ini dan tindakan bakal diambil terhadap individu yang didapati bersalah, tidak kira tahap populariti atau status mereka.
Bukan setakat memfokuskan tokoh awam tetapi polis juga akan menjejaki pelaku utama dalam rangkaian pengedaran dadah.
Insya-Allah, akan ada tangkapan baru tidak lama lagi. Mereka yang terbabit dalam kegiatan dadah ini akan kami kesan satu demi satu.

Tambahnya, beberapa pempengaruh media sosial dan pengasas produk kosmetik dari negeri itu masih berada di bawah pemantauan polis kerana disyaki terbabit aktiviti berkaitan dadah.
Kita bukan hanya lihat kepada pempengaruh atau pengasas kosmetik saja, sebaliknya juga pengedar dan dalang utama di sebalik kegiatan ini tidak akan terlepas.

Sindiket sorok pil kuda dalam tahi lembu tumpas awal Julai lalu
Ada yang dah lari
Mohd Yusoff juga berkata pihaknya mengambil tindakan penguatkuasaan lebih agresif terhadap sindiket dadah di Kelantan sejak beberapa bulan kebelakangan ini.
Ujarnya lagi, sumber memaklumkan bahawa beberapa individu yang di bawah radar polis sudah melarikan diri keluar dari negeri itu kerana bimbang ditangkap.
Mereka melarikan diri ke negeri lain selepas operasi besar-besaran dilancarkan polis Kelantan.