Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

“Akan Ada Kejutan Pada Pakaian Di AJL35 Nanti Tapi Bukan Darah..” – Aina Abdul

Aina Abdul

Penyanyi bersuara merdu, Aina Abdul mendedahkan bahawa perancangan untuk corak persembahan di atas pentas Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35)  lebih berat berbanding tahun lalu.

Ujar Aina yang mempertaruhkan lagu Semalam pada pentas anugerah berprestij itu nanti, segala modal dan perkara berkaitan persembahan kali ini adalah daripada pihaknya sendiri.

Advertisement

Ini berikutan pada AJL34, segala urusan di pentas diuruskan oleh pihak produksi manakala pada edisi kali ini dikawal selia oleh Aina sendiri namun masih lagi bekerjasama dengan kru berkaitan.

Menurutnya, dia memilih untuk menguruskan sendiri kerana merasakan lebih mudah untuk proses latihan.

View this post on Instagram

A post shared by AINA ABDUL (@ainaabdul)

Advertisement

“Saya buat begitu sebab senang nak rehearsal sendiri, dari segi pencahayaan dan lain-lain, saya mahu biasakan diri dahulu. Persembahan saya dalam AJL kali ini antara ‘on’ dan off’ sahaja, tiada istilah pertengahan, setiap minit kena ada sesuatu yang berlaku.”

Tambah penyanyi berusia 28 tahun ini lagi, dia bakal memberi kejutan pada malam itu menerusi busana yang dipakainya kelak.

View this post on Instagram

A post shared by AINA ABDUL (@ainaabdul)

“Akan ada sesuatu lagi pada pakaian saya kali ini, bukan darah tiruan seperti tahun lalu, biarlah ian menjadi kejutan nanti.”

Anugerah Juara Lagu ke-35 dijangka akan bersiaran pada 14 Mac ini secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada jam 9 malam menerusi saluran TV3.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

2 Comments

  1. tecit

    March 8, 2021 at 10:43 am

    muke die ade iras2 anita sarawak la. bakal pengganti anita sarawak kot. xdinafikan suara nya emang enak banget. but the way she desperately tryna look different just drive me away. i might just love her if she’s more to humble like dato’ ct. coz she definitely have that golden voice. already. just let people recognise u with just your voice.

  2. anonymous

    March 5, 2021 at 6:22 pm

    tak minat ,,,overrated

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama