Sudah lumrah bergelar selebriti dimana apa sahaja yang dilakukan pasti mendapat perhatian ramai, lebih-lebih lagi jika mereka sudah berhijab dimana jika ada kesilapan tentu sekali akan ada peminat ataupun pengikut di laman sosial mengkritik mereka.
Niat mereka untuk menegur demi kebaikan artis sudah betul, tetapi wujud juga komen yang agak kasar dan memang makan dalam menusuk ke hati. Baru-baru ini, Uqasha Senrose turut mengalami nasib yang sama apabila beliau ditegur oleh sesetengah pihak kerana mengenakan pakaian yang agak ketat tidak sesuai dengan imejnya sebagai wanita muslimah kini.
Mungkin sudah bosan dengan komen yang mengkritik cara pemakain beliau, Uqasha menerusi ruang komen telah membidas kritik yang dilemparkan kepada dirinya.
Bila seorang artis itu buah salah mesti dengan sepantas kilat ustaz dan ustazah instant ni akan “menyerang†dan memberi tarbiah dengan dalil-dalil dicedok dari google kepada artis. Tidak salah pun untuk menegur tetapi boleh sahaja guna bahasa yang lebih elok kan? Barulah artis itu pun tak cepat melatah dengan kritikan yang diberi.