Melalui sesi temubual bersama pihak hLive, Adibah Mutalib iaitu madu Miera Liyana memberitahu dirinya sudah cuba sedaya upaya untuk menyelamatkan rumah tangga yang dibina bersama Rosland Othman.
Bagaimanapun, lelaki terbabit tetap berkeras mahu berpisah dengannya.
View this post on Instagram
Akur dengan keputusan mahkamah, Adibah percaya bahawa sesuatu yang berlaku pasti ada hikmah dan akan digantikan dengan yang lebih baik di masa akan datang.
Soal anak, wanita itu memberitahu dia sama sekali tidak mempunyai masalah jika Rosland mahu berjumpa, bahkan mengalu-alukan lagi.
Sekadar info, kemelut rumah tangga Adibah bersama Rosland mula retak selepas lelaki terbabit mengahwini pelakon muda, Miera Liyana. Difahamkan, Rosland dalam jangka masa yang lama tidak pulang ke rumah dan tidak memberi nafkah kepada isteri pertama.