Akademi Mokhtar Dahari: Syed Saddiq Kecewa

Trending

Akademi Mokhtar Dahari: Syed Saddiq Kecewa

Akademi Bola Sepak Mokhtar Dahari (AMD) merupakan satu tempat untuk mengumpul semua pemain muda berbakat dari seluruh Malaysia.

Kos pembinaan akademi ini menelan belanja sebanyak lebih kurang RM 85 juta. Perkara ini menyebabkan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq merasakan jumlah berkenaan tidak setanding dengan kemudahan dan kualiti yang disediakan.

Advertisement

Dia tidak menolak kemungkinan akan melibatkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes pembinaan itu.

Dalam lawatan mengejut Saddiq ke akademi itu, dia berasa kecewa dengan pelbagai kepincangan yang beraku dan akan menyiasat sekiranya beraku sebarang ketirisan.

Dia melihat akademi ini gagal menepati tujuan pembinaannya sebagai pusat latihan dalam melahirkan bakal pelapis Mokhtar Dahari di negara ini.

Antara kemudahan di AMD yang sepatutnya bertaraf antarabangsa ialah:

  • Pusat penyelidikan dan pembangunan bola sepak (r&d).
  • Pusat rehabilitasi kecederaan.
  • Pusat sains sukan khusus bola sepak.
  • Pusat analisa video bertaraf dunia.

Masalah lain pula seperti bola sepak digunakan untuk latihan tidak mencukupi hingga memberi kesan terhadap prestasi pemain termasuk padang latihan yang dilanda banjir.

Mengenai 740 kerosakan dan kecatatan dikesan berlaku di AMD, Jabatan Kerja Raya (JKR) akan memanggil kontraktor utama pembinaan akademi berkenaan pada 10 Oktober ini.

Akademi berkenaan dibina pada 2016 di Gambang, Pahang dengan matlamat awal membawa dimensi baru dalam bola sepak negara dengan latihan berprestasi tinggi dan pendedahan bakat di peringkat antarabangsa.

Sumber:Awani, Free Malaysia Today

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...