Akademi Bolasepak Negara yang terletak di Gambang, Pahang ini mempunyai 11 padang untuk latihan. Semua padang rata dan cantik sesuai untuk meningkatkan prestasi pemain baru. Rumput bermuda yang mempunyai piawaian yang tinggi. Akademi ini akan digunakan untuk melahirkan lebih 20 ribu barisan pelapis bolasepak negara dari seluruh negeri. Ini merupakan satu lagi inisiatif daripada kerajaan malaysia untuk meningkatkan mutu bolasepak negara. Tenaga pengajar dari luar negara mungkin akan diambil untuk melatih budak2 ini tentang basic bola sepak yang betul seawal usia 10 tahun. Projek ini bernilai RM20 juta dan yang pasti ini merupakan pelan jangka panjang, bukannya pelan jangka pendek ,jadi tidak perlu timbul soal membazir duit rakyat atau apa, 10 tahun akan datang korang jugak yang nak tengok player malaysia main kat EPL. betul tak?
Sumber: Syamil