Akad Nikah Dibenarkan Di KL & Putrajaya Mulai Hari Ini

COVID-19

Akad Nikah Dibenarkan Di KL & Putrajaya Mulai Hari Ini

Seakan mampu menghembus nafas lega, kini warga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya telah dibenarkan untuk mengadakan majlis akad nikah bermula hari ini.

Perkara itu didedahkan oleh Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri selaku Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), menerusi sebuah hantaran yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di laman Facebook miliknya.

Advertisement

“Majlis ini hanya dibenarkan melalui temujanji dan penggiliran serta jumlah kehadiran tidak melebihi 10 orang. Bagaimanapun, Wilayah Persekutuan Labuan masih tidak dibenarkan mengadakan majlis ini kerana kebanyakan kawasan berada dalam Zon Merah,”

Untuk rekod, akad nikah hanya boleh dilakukan di Pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan sahaja. Malah, pihak yang terlibat juga perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...