Penyanyi dan juga juara Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL38), Amir Jahari mengakui masih berasa pelik dengan kemenangannya pada malam tadi.
Amir atau nama sebenarnya Mohammad Amirullah Jahari,32, perasaan itu mungkin disebabkan pertama kali dalam seumur hidupnya bergelar juara semenjak bergelar anak seni sejak 13 tahun lalu.
Saya gembira dan terkejut sebab sudah banyak kali masuk pertandingan tapi tak pernah menang.
Paling tinggi, ada satu acara itu pun dapat nombor dua tapi tak pernah bergelar juara. Ini satu perasaan yang sangat pelik.
Amir berkata demikian ketika dihubungi media bagi mengulas kemenangannya di AJL38 yang melayakkan dia untuk membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 berserta trofi.
Ujarnya lagi, dia yang pernah menjejakkan kaki ke pentas AJL 11 tahun lalu tidak meletakkan sebarang harapan namun bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan Allah.
Bagi saya permulaan semula pada 2022 adalah satu keajaiban. Alhamdulillah dapat bergelar juara tapi jauh di lubuk hati saya ia bukanlah bermakna segala-galanya.
Dia yang tampil dengan konsep solidariti untuk rakyat Palestin mempertaruhkan lagu Hasrat yang juga ‘soundtrack’ untuk filem Imaginur merancang untuk menggunakan wang kemenangannya bagi menghasilkan karya yang lebih bermutu selepas ini.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain di pautan di bawah.