Susulan persembahan di Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL 38), salah seorang peserta iaitu penyanyi Aisha Retno mendedahan dirinya diserang anxiety sebelum acara sidang media berlangsung malam tadi.
Tak pasti punca
Menurut Aisha, dia sendiri tidak pasti apa punca serangan anxiety itu namun dirinya menganggap hal tersebut bukan dalam kawalannya. Katanya, mungkin perkara tersebut terjadi disebabkan terlalu penat membuat persiapan serta baru selesai persembahannya itu.
Saya tak tahu apa berlaku dengan badan saya mungkin sebab penat tapi itu bukan alasan sebagai seorang anak seni.
Bila Allah mahu ia terjadi, kita tak boleh nak elak.
View this post on Instagram
Persembahan yang berbaloi
Bukan itu sahaja, Aisha juga telah berkongsi pengalaman dirinya bergantung setinggi 30 kaki semasa persembahan lagu Sutera itu. Menurut penyanyi ini, dia tidak merasa takut dengan ketinggian tersebut sebaliknya takut dengan kelajuan.
Walau begitu, disebabkan keberanian penyanyi berumur 24 tahun ini lah yang melayakkan dirinya meraih tempat kedua di AJL 38.
Saya tiada masalah dengan ketinggan tapi tak suka kelajuan. Tarik saya ke atas, saya okay sahaja.
Tapi saya gembira kerana hasilnya sangat bagus.
Bila diumumkan sebagai pemenang Persembahan Terbaik dan naib juara saya rasa berbaloi dengan semua kos dikeluarkan.
View this post on Instagram
Dalam pada itu, Aisha mendedahkan persembahannya malam itu memakan kos sebanyak enam angka dan merupakan antara bajet terbesar dibelanjakan sepanjang kariernya sebagai seorang penyanyi.
Untuk info, Aisha telah diumumkan sebagai naib juara membawa pulang hadiah wang tunai RM50k bersama trofi dan juga memenangi kategori Persembahan Terbaik dengan hadiah wang tunai sebanyak RM12K.