Jika anda rajin melawat ke masjid-masjid terkenal, pastinya terpegun dengan kemodenan serta kecanggihan reka bentuk dan juga kemudahan yang disediakan bagi kegunaan orang awam.
Tidak lagi hanya berkipas tiga bilah, kini masjid mahupun surau lengkap dengan penghawa dingin dan juga alat-alat elektronik seperti TV dan sebagainya.
Namun, tular di media sosial Twitter apabila seorang individu mempersoalkan keperluan sebuah masjid di Miri Sarawak membeli peralatan elektronik sehingga mencecah RM20k!
Mungkin AJK masjid kaki gamer, atau mungkin yang bagi quotation ini adalah pihak kedai PC, maka diturutkan saja oleh pihak masjid yang tak tahu apa-apa.
Bagi saya, kalau setakat nak tayang slide agama, video ceramah atau audio, maka specs ini sangat mahal untuk tujuan itu. pic.twitter.com/pLmG0qKAuy
— Sid Razali ???????? (@sidchan) June 7, 2022
Apa yang lebih menghairankan apabila spesifikasi barang elektronik dinyatakan tidak tumpah seperti spesifikasi untuk ‘setup gaming computer’ seperti yang didakwa netizen.
Berikutan itu, muncul pula spekulasi dan cakap-cakap netizen yang merasakan ahli jawatankuasa terlibat bagi menguruskan tempahan itu mungkin seorang ‘kaki gamers’.
Kata netizen, adalah tidak masuk akal untuk sesebuah masjid yang kebanyakannya menganjurkan aktiviti seperti ceramah dan kuliah agama untuk menggunakan komputer yang berspesifikasi tinggi dan canggih sedemikian.
“Dalam 20k ni boleh dapat pc, set meja kerusi, projector, sound system, hd streaming camera, keyboard, mouse lip lap. Tak ada la nak pakai i9/rgb bagai…” komen seorang netizen.