Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Aji Noh Motor!!!

Adakah Aji Noh Motor ini ialah Ajinomoto? Kalau anda bersangka sedemikian, sangkaan anda adalah silap sama sekali. Aji Noh Motor ini ialah filem terbaru terbitan Metrowealth Pictures. Filem komedi ringan ini menyaksikan penampilan pelakon baru yang sedang hangat di pasaran iaitu Wawa Zainal.

ajinohmotor

Advertisement

Sedikit sinopsis tentang filem Aji Noh Motor ini untuk anda:-

Mengisahkan mengenai seorang abang, PALI aka NOH yang sanggup melakukan apa sahaja demi adiknya, PANJI aka AJI. Pali seorang lelaki yang suka merempit dan berlumba namun setiap kali Pali menang, dia hanya akan mengambil spare part ataupun keseluruhan motor orang yang kalah sahaja. Panji pula seorang yang taat dan patuh dalam mengejarkan tuntutan agama Islam meskipun dia dilahirkan dalam keadaan buta. Pali sangat sayangkan Panji dan sanggup melakukan apa sahaja bagi memastikan permintaan Panji tercapai meskipun dia tidak mampu.

Abang Nara suka bebenor dengan filem yang mengisahkan tentang hubungan adik beradik. Terasa feeling gitu. Tambah feeling bila Wawa Zainal tampil bertudung dalam filem ini. Fuh. Memang cun melecun.

wawa zainal

Advertisement

Tengok trailer filem ini pun dah boleh buat tergelak.

Jangan lupa ke pawagam untuk menonton filem Aji Noh Motor yang akan mula ditayangkan pada bermula esok, 20 September 2012. Confirm layan punya. Info lanjut di www.metrowealthpictures.net

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

79 Comments

  1. asoka kazama

    October 17, 2012 at 8:19 pm

    kepala hotak betul.. Alex ni ISLAM ka wei.. slumber guna kalimah Allah.. terang2 David Teo hina Islam,,, hampa x perasan ka. KP lembaga Penapisan Filem tidoq ka.. takbir

  2. Firdaus Ismail

    October 2, 2012 at 1:59 pm

    Kang kalau aku cakap bodoh korang marah.
    Ape salahnye kalau kita support filem MALAYSIA.
    Tak payah la korang nak kutuk bagai laa weiiihhhh.
    Kalau filem MAT SALEH yang berunsur lucah tu korang minat pulak.
    Sape lagi nak support Filem Malaysia kalau bukan rakyat Malaysia sendiri.
    Takkan orang Brunei, Singapore, Thailand nak support filem kita.

    Renung-2kan dan selamat beramal.

  3. Atas gate!!!!

    September 22, 2012 at 2:35 am

    Apa kata kita serang director dia…. Buat apa serang David atau MIG… Sbb Gua dgr director filem ajinohmoto ni merupakan anak didik mamat Khalid Dan afdlin shauki… Dan dia merupakan insan yg disygi Oleh mamat Khalid Sbb preview film ni Gua tgk kat internet gambaq mamat Khalid datang tu….mcm mana? berani serang director dia? Ke korang Masih Blum berani sebab ilmu xtinggi mana tapi nak mengutuk jer kerjanya.. Klu komen pasal filem xper lah jugak Tp ni komen lebeh kepada emosi peribadi jer..

Loading...
To Top