AJI-NO-MOTO® Mempersembahkan Campur, Campur, Siap!

Hiburan

AJI-NO-MOTO® Mempersembahkan Campur, Campur, Siap!

Campur, Campur, Siap!

Apa tu? Nampak macam menarik. Sebenarnya Campur, Campur, Siap! ialah satu cara baru dan kreatif untuk memasak sayur-sayuran. Dengan AJI-NO-MOTO®, semuaya menjadi lebih lazat dan menarik.

Advertisement

image

Cara ini sangat mudah tau! Memang sangat sesuai untuk para ibu terutamanya yang bekerjaya.
Kenapa penting untuk makan lebih banyak sayur? Sayur kaya dengan segala jenis khasiat dan nutrien yang penting untuk kesihatan kita.

Tahu tak, sebenarnya ada beberapa sayuran yang sangat bagus dan mudah didapati malah berkhasiat. Sesuai dimasak untuk anak-anak dan keluarga menggunakan teknik Campur, Campur, Siap! ni tau. Jadi kami kongsikan 3 sayuran kegemaran ramai beserta khasiatnya.

Labu

image

Sebenarnya sayur labu ini banyak khasiatnya disamping harganya yang murah dan mudah didapati di Malaysia. Labu mengandungi serat untuk mengekalkan sistem penghadaman yang sihat.

Selain itu, beta karotena yang terdapat dalam labu boleh membantu untuk menguatkan sistem imun badan. Rasanya yang manis, pasti menjadi kesukaan anak-anak kecil anda.

Kobis Bunga

image

Pasti anda selalu melihat sayur ini di pasar kan? Kobis bunga yang menyerupai brokoli tetapi berwarna putih, sayur ini mengandungi serat untuk mengekalkan sistem penghadaman yang sihat dan juga terdapat sumber Vitamin C yang membantu menguatkan tubuh badan serta tulang.

Brokoli

image

Brokoli atau juga dikenali sebagai kobis bunga hijau mengandungi kalsium dan vitamin K yang membantu untuk mengekalkan kesihatan tulang dan mampu mencegah osteoporosis. Selain itu, brokoli turut mengandungi asid lemak Omega 3 yang boleh membantu mengurangkan reaksi alahan dan keradangan.

Sudah bersedia untuk resepi Campur, Campur, Siap! yang mudah dan cepat disediakan? Kali ini kami akan berkongsi resepi pertama daripada AJI-NO-MOTO®, Sayur Labu Campur. Bukan sahaja mudah dan lazat, tapi juga sangat berkhasiat.

Resepi Sayur Labu Campur

Bahan-bahan:
2 sudu besar minyak masak
½ biji bawang besar, dicincang
2 ulas bawang putih, dicincang
200 g isi ayam, dipotong kecil
1 ½ cawan air
½ sudu kecil AJI-NO-MOTO®
½ sudu kecil garam
150 g bunga kobis, dipotong
100 g brokoli, dipotong
150 g labu, dipotong dadu panjang

Cara menyediakan:
1. Panaskan minyak masak.
2. Tumiskan bawang dan bawang putih sehingga wangi.
3. Masukkan ayam dan kacau sehingga separuh masak.
4. Masukkan air dan bunga kobis. Didihkan sehingga separuh lembut.
5. Perasakan dengan AJI-NO-MOTO®dan garam.
6. Masukkan brokoli, labu dan kacau sehingga masak.
7. Sedia untuk dihidang.

Mudah kan? Jadi selepas ini tiada lagi alasan untuk anda menyediakan hidangan yang mudah, lazat serta berkhasiat untuk keluarga. Jadikan amalan untuk menambah sayuran dalam makanan seharian kerana ini merupakan salah satu cara terbaik untuk diet yang seimbang.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...